RAMADHAN
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa”.Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: “Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu.”
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan.” Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: “Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?” Dijawab oleh Rasulullah SAW: “Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya.”
Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: “Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini.“
Abu Sa’id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima.”
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: “Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti.“
Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur.“
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya.“
Demikian tadi adalah Fadhilat Ramadhan Menurut Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh ahli hadith terkemuka. Semoga bermanfaat bagi kita semua sebagai tambahan pengetahuan dan pegangan hidup kita.
Allah Berfirman :
” Wahai orang-orang yang beriman,
telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas
umat-umat yang sebelum kamu, semuga kamu menjadi orang yang bertakwa.”
Surah
Al Baqarah, ayat 183
Sabda Rasulullah SAW yang
diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa’i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah :
“Sesungguhnya telah datang kepada
kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu
berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan
ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan…….”
Puasa artinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala
perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam
matahari.
Puasa terbagi atas :
Puasa Wajib : adalah Puasa bulan Ramadan, puasa kifarat dan puasa nazar.
Puasa Sunah :
- Puasa enam hari pada bulan Syawal
- Puasa hari Arafah
- Puasa Hari Asyura pada 10 Muharam
- Puasa bulan Syaaban
- Puasa Isnin dan Khamis
- Puasa tengah bulan iaitu 13,14,15 pada tiap-tiap bulan qamaria (tahun Hijrah)
Puasa Makruh :
- Puasa yang terus menerus sepanjang masa
- Tidak termasuk dua hari raya dan hari tasyriq
Puasa Haram :
- Puasa pada hari raya pertama Idil Fitri
- Puasa pada hari raya pertama Haji
- Puasa tiga hari sesudah hari raya haji atau hari tasyriq iaitu pada 11,12, dan 13 Zulhijjah.
Syarat Wajib Puasa :
- Berakal
- Akhir Baligh (Cukup umur)
- Kuat atau mampu mengerjakan puasa
Syarat Sah Puasa :
- Islam
- Mumayyiz (dapat membezakan yang baik dan buruk)
- Suci daripada haid dan nifas
- Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa.
Rukun Puasa :
- Berniat – Pada malam selama bulan Ramadhan hendaklah berniat di dalam hati bahawa kita akan mengerjakan puasa pada hari esok.
- Menahan diri daripada segala yang membatalkan semenjak terbit fajar sampai terbenam matahari.
Perkara yang membatalkan puasa :
- Makan dan minum dengan sengaja
- Muntah dengan sengaja
- Bersetubuh tanpa keluar mani pada siang hari bulan Ramadhan
- Keluar darah haid atau nifas
- Gila
- Keluar mani akibat bersetubuh dengan perempuan. Tetapi keluar mani kerana bermimpi tidak membatalkan puasa.
Orang yang diizinkan tidak puasa
atau berbuka :
- Orang yang sakit
- Orang yang dalam perjalanan jarak jauh melebihi 52 batu atau 80.64 km.
- Orang tua yang sudah lemah
- Orang yang hamil dan orang yang menyusukan anak.
No comments:
Post a Comment